2 research outputs found

    Transformasi Pekan Parit Raja: kajian terhadap kesejahteraan hidup masyarakat

    Get PDF
    Isu utama yang dibangkitkan dalam kajian ini adalah mengenai isu kesejahteraan hidup masyarakat ekoran transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja dan kesannya. Transformasi pembangunan yang berlaku di pekan kecil pada asasnya menunjukkan pencapaian positif dalam pelbagai sudut mencakupi perkembangan ekonomi, perindustrian, prasarana dan perumahan. Namun turut memberi kesan kepada persekitaran fizikal. Kesan daripada keadaan itu turut membawa ke arah kemerosotan serta memberi tekanan yang kuat terhadap kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Objektif kajian ini ialah (i) meninjau perkembangan pembangunan di Pekan Parit Raja, (ii) mengenalpasti perubahan sosio ekonomi penduduk setempat, (iii) mengenalpasti keperluan penduduk setempat mengikut perkembangan semasa dan (iv) membentuk indeks penunjuk kesejahteraan hidup bagi masyarakat Pekan Parit Raja. Skop kajian tertumpu di Pekan Parit Raja dengan tumpuan terhadap transformasi pembangunan yang dialami dari segi perkembangan fizikal, sosial dan ekonomi. Responden yang terpilih terdiri daripada wakil Pihak Berkuasa Tempatan, wakil komuniti dan masyarakat setempat. Kajian dijalankan berdasarkan kepada pengumpulan data primer dan sekunder. Sejumlah 367 responden telah dipilih secara persampelan rawak bersrata. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan program SPSS. Analisis kajian mendapati perubahan ruang ekonomi yang berlaku di Pekan Parit Raja adalah sangat ketara. Hasil kajian menunjukkan keluasan had pembangunan di Pekan Parit Raja telah meningkat sebanyak 2.51% antara tahun 1998 sehingga tahun 2003 dan tertinggi berbanding lima (5) bandar utama lain. Faktor pembangunan sosio ekonomi yang positif menyebabkan unjuran penduduk dijangka mencapai sehingga 9.9% sehingga tahun 2020. Sebanyak 53.8% responden telah berjaya meningkatkan pendapatan sehingga hampir sekali ganda dalam tempoh 20 tahun. Sebahagian besar responden pula berkemampuan dari segi pemilikan perumahan dan kereta masing-masing dengan peningkatan sehingga 86.6% dan 98.0% pada sekitar tahun 2010. Ianya sangat berbeza dengan 20 tahun lepas. Walau bagaimanapun, 72.5% responden menyatakan beberapa keperluan perlu ditambah atau diperbaiki dengan jalan raya merupakan keperluan utama. Pada masa yang sama, 75.7% responden menyatakan jenis keperluan yang paling penting perlu disediakan adalah perpustakaan awam. Dapatan keseluruhan kajian akhirnya telah membentuk indeks penunjuk kesejahteraan hidup dari aspek ekonomi, kualiti perumahan, keharmonian sosial dan alam sekitar kesan transformasi pembangunan ke atas kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Beberapa cadangan telah dikemukakan agar pembangunan yang membawa perubahan kepada sosio ekonomi dan persekitaran seharusnya mengambil kira kesejahteraan hidup masyarakat dan kelestarian alam sekitar untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik di masa akan datang

    The status of river water quality in some rural areas, in state of Johor and its effects to life

    Get PDF
    Water is a basic requirement of human and other life. Water resources stems from rivers, streams, drains, ponds and so forth. The river is the natural water resources are very important for a human habitat. Malaysian water quality assessment is determined by the water quality Index (IKA) issued by the Department of environment (DOE) based on class I, II, III and IV. Now a water pollution also occurs in rural areas has affected the water quality and marine life. The objective of this writing is to determine river water quality in rural areas based on IKA. Kajian telah dijalankan di beberapa batang sungai di kawasan luar bandar di negeri Johor bermula dari bulan Februari sehingga April 2015. Water quality sampling was done three times in four different study locations. Determination of water quality involves measurement parameters pH, dissolved oxygen (DO), biochemical oxygen demand (BOD), chemical oxygen demand (COD), ammoniacal nitrogen (AN) and suspended solids (SS). The Measurements are made IKA the total calculated and used to classify the river either as untainted, slightly polluted moderately polluted, contaminated and polluted. The study found the status of three rivers polluted level contaminated (class IV) and a river are classified at the level of medium-polluted (class III). Deterioration of the status of IKA for all rivers surveyed not only affects marine life, even limiting water use to humans, for example, to daily activities
    corecore